Monday, October 23, 2017

Meet my beautiful, kind-hearted Cyprus girlfriends


Hi guys! #Mondayblues attack! Kejapnya dah isnin.. Rasa macam baru je excited nak masuk weekend haritu. Ni dah kena masuk kerja balik. Haih rindu anak-anak dekat rumah. Bila dekat pulak rasa gerammmm je especially bila yang si abang tu carik pasal. Hahah nak membesar kan sabar je lah. Weekend lepas I bawak diorang pergi jalan. Okay tu InsyaAllah next entry!




Anyway, Facebook reminded me of my 6 years friendship with these Cyprus girls - Maria & Andrea. Personally, I suka sangat personality diorang, their culture, and also how hardworking they are. Okay dalam gambar nampak macam dah 20+ jugak kan? But no. Masa ni diorang baru 16-18 years old dah rajin sambung degree. And currently sorang dah kerja dekat Cyprus, sorang lagi tengah sambung Masters dekat Newcastle. 

Masa zaman study dulu, I selalu mintak tips diorang untuk study and take notes in class. I mcm kadang2 terkontang-kanting dalam kelas tak faham ape lecturer membebel kat depan tu, then lepas tu diorang ni lah yang akan ajar I sampai I faham. Sometimes diorang akan just randomly ajak I lepak with their Cyprus gangs. And they speak English! Tak macam dekat sini, certain people yang tahu kita tak faham bahasa diorang pun sibuk nak cakap depan kita. 






Andrea- Maria - Me

Gosh I miss these girls so much. Selalu imagine kalau kitorang boleh buat reunion together tapi mcm impossible je sebab masing-masing jauh. I always pray that one day we could all be crossing path together again. Miss and love you both a lots xoxo :)

Thursday, October 19, 2017

Rindunya zaman blogging..

Sebenarnya kan, tiap2 hari bukak blogger.com ni then click new post. Banyak je benda nak cerita. Tapi tulah time constraint penyebab utama. Kadang2 tu tengah sedap type, ada benda lain pulak urgent nak kena buat. Dah tinggal draft je lepas tu sampai ke sudah tak siap. Ingat lagi dulu kalau ade cerita je terus up dekat sini. Lepastu pegi blogwalking sana sini. Sehari tu memang boleh spend dekat blog je. Sekarang ni mampu bukak jeeeee #icry. Banyak je benda nak cerita ni. Macam mana la kaki blogger ni boleh kekalkan momentum untuk update setiap hari? I need tips! Hehe.

Anyway, I dah selamat bersalin anak kedua Alhamdulillah. Kali ni memang sakit dia lagi sakit. Haha i dah draft dah pengalaman bersalin kali ke dua ni. Tengah tunggu nak upload gambar sikit, update sikit-sikit then boleh lah publish. Doakan i ada kekuatan untuk buat semua tu T__T 

Also, we have turned 3 Alhamdulillah. Forever to go :)

Yang ni pun tak sangka jugak ni, dulu yang masa kitorang duk LDR bagai kan, banyak gila drama, kalau baca balik yang geli-geli tu I delete terus. Wakakaka sangat tak matang. Private blog yang kengkonon untuk appreciation post la ape bagai pun dah delete. Hahaha how can I be so naive? But now sekali kahwin dan dikurniakan 2 orang anak dah pun. Aturan Allah sangat cantik Alhamdulillah..

Hopefully I akan continue menjadi blogger yang tegar satu hari nanti!

Bye-bye korang. InsyaAllah I akan post dalam masa terdekat ni. Stay tuneeee :D

Monday, May 15, 2017

Me being an auditor cum a mother.

HAMBOI. Kemain tajuk uolls. Hahahah hi korang! Memang long time no see nih. Entry kat bawah ni pun draft 2015 punya baru publish. Sebenarnya, dalam kepala ni banyak je benda nak share dalam blog. Tapi I yang dulu bukanlah yang sekarang. Reason being, dah ada commitment yang terlampau banyak sampai rasa waktu free tu adalah waktu berehat. Alasan sangat ye dak? Hahah lagipun dekat office memang takde masa nak update. Ni pun curik-curik waktu Salman tengah tidur. Kebetulan harini dapat MC. Tau tak Salman nak dapat adik? Heheh InsyaAllah anytime from now. Harini kalau ikutkan dah 38w5d. So memang anytime je. Pregnancy kali ni memang berbeza jugak lah dengan yang lepas. Kalau masa Salman dlu, hari kena admit ward pun still kerja lagi. Kali ni ingat nak buat mcm tu jugak, tapi sekarang pelvic bone dah start sakit dan kerusi kat office sangat tak membantu. Tak sampai 15 minit duduk dah cramp. Tapi even dapat MC, request manager nak work from home. Yelah, instead of pegi office kan?

Ramai tanya, how do I cope being an auditor cum a mother. For me, its tough but doable. Suami kena main peranan penting dalam hal mcm ni. Kalau dapat support dari suami, InsyaAllah everything will go smooth and silky. Hahah pahal silky pulak tetiber. Banyak je working moms sekarang ni. Please jangan bezakan kitorang dengan housewives. Masing2 ada peranan, ada pros and cons. Sape je taknak jaga anak sendiri? Actually kalau ikutkan, dah lama sangat fikir nak resign. Of course, time spent with your child is precious tapi dengan keadaan ekonomi yang tak stabil sangat sekarang ni, nak harapkan gaji suami je memang tak cukup. Sebab tu lah kena bertolak ansur dan discuss sama-sama. Gaduh pasal duit tu of course ada, asal masing-masing tahu tanggungjawab, everything will go back to normal. Tengoklah nanti, kalau business The Precious Pumpkins dah betul-betul stabil, boleh lah kot focus dekat situ je. For now since dah nak dekat 3 tahun dengan PwC, might as well grab je the opportunity to get the MIA. Takpelah tunggu kejap je lagi. Rezeki tu ada je InsyaAllah. 


Ni keadaan I buat masa sekarang. Anxiously waiting for the baby to pop out. 


InsyaAllah tak lama lagi adik Salman akan join family portrait ni. heheh mintak tolong korang doakan all is well boleh? Semoga Allah permudahkan urusan bersalin, dapat bersalin normal & no complications InsyaAllah. Dah tak sabar sangat nak bersalin ni. Tapi tahun ni pun sama, tak boleh raya jugak. Pantang masa tengah raya. Hahahaha sabor jelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...