Nuffnang code

Monday, May 15, 2017

Me being an auditor cum a mother.

HAMBOI. Kemain tajuk uolls. Hahahah hi korang! Memang long time no see nih. Entry kat bawah ni pun draft 2015 punya baru publish. Sebenarnya, dalam kepala ni banyak je benda nak share dalam blog. Tapi I yang dulu bukanlah yang sekarang. Reason being, dah ada commitment yang terlampau banyak sampai rasa waktu free tu adalah waktu berehat. Alasan sangat ye dak? Hahah lagipun dekat office memang takde masa nak update. Ni pun curik-curik waktu Salman tengah tidur. Kebetulan harini dapat MC. Tau tak Salman nak dapat adik? Heheh InsyaAllah anytime from now. Harini kalau ikutkan dah 38w5d. So memang anytime je. Pregnancy kali ni memang berbeza jugak lah dengan yang lepas. Kalau masa Salman dlu, hari kena admit ward pun still kerja lagi. Kali ni ingat nak buat mcm tu jugak, tapi sekarang pelvic bone dah start sakit dan kerusi kat office sangat tak membantu. Tak sampai 15 minit duduk dah cramp. Tapi even dapat MC, request manager nak work from home. Yelah, instead of pegi office kan?

Ramai tanya, how do I cope being an auditor cum a mother. For me, its tough but doable. Suami kena main peranan penting dalam hal mcm ni. Kalau dapat support dari suami, InsyaAllah everything will go smooth and silky. Hahah pahal silky pulak tetiber. Banyak je working moms sekarang ni. Please jangan bezakan kitorang dengan housewives. Masing2 ada peranan, ada pros and cons. Sape je taknak jaga anak sendiri? Actually kalau ikutkan, dah lama sangat fikir nak resign. Of course, time spent with your child is precious tapi dengan keadaan ekonomi yang tak stabil sangat sekarang ni, nak harapkan gaji suami je memang tak cukup. Sebab tu lah kena bertolak ansur dan discuss sama-sama. Gaduh pasal duit tu of course ada, asal masing-masing tahu tanggungjawab, everything will go back to normal. Tengoklah nanti, kalau business The Precious Pumpkins dah betul-betul stabil, boleh lah kot focus dekat situ je. For now since dah nak dekat 3 tahun dengan PwC, might as well grab je the opportunity to get the MIA. Takpelah tunggu kejap je lagi. Rezeki tu ada je InsyaAllah. 


Ni keadaan I buat masa sekarang. Anxiously waiting for the baby to pop out. 


InsyaAllah tak lama lagi adik Salman akan join family portrait ni. heheh mintak tolong korang doakan all is well boleh? Semoga Allah permudahkan urusan bersalin, dapat bersalin normal & no complications InsyaAllah. Dah tak sabar sangat nak bersalin ni. Tapi tahun ni pun sama, tak boleh raya jugak. Pantang masa tengah raya. Hahahaha sabor jelah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...