Nuffnang

Sunday, January 31, 2016

Pengalaman bersalin; Salman Asyrani

Assalamualaikum.

First of all, this post has been delayed since 20/10/15 I was in my pantang days like omg that was 7 months ago? Ade je dalam draft ni tp malas sgt nak publish. So i decided to auto publish on this date lah Sunday, 31/1/16.  Like finally!!! So here we go. 



Alhamdulillah Ala Kulli Hal.
Ya Allah tak sangkanye aku dah jadi seorang Mama. Heheh besar rupanya pengorbanan seorang mak nak lahirkan anak dia kan. Baru aku tau sebab aku dah laluinya 19 June 2015 lepas di Hospital Umra, Seksyen 13, Shah Alam. Dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar sekali. Nak cerita dekat blog ni since dalam pantang lagi tapi ya ampun punyelah malas. Memang kerja makan tidur susukan baby, makan tidur susukan baby & seterusnya. Memang ibu & nenek suruh aku pantang betul-betul untuk anak pertama ni. Setiap benda yang diorang kata aku tak boleh makan/buat, aku akan question kenapa? Hahaha curious kan, tapi memang ikut la. Tak keluar rumah 44 hari bertutut-turut kecuali pegi hospital untuk check up diri sendiri & baby. Kebetulan mase dalam pantang 30 hari, hari raya Aidilfitri. Memang tak keluar sambut raya pun even pegi rumah sebelah, memang kena kurung habis ni. Suami pun kengkonon sweet la teman ktorang kat rumah mase raya pertama tu. Takpelaaa bukan selalu kan :)

Okay meh nak cerita pengalaman bersalin sikit buat bacaan anak-anak nanti ke kan. Hehehe.


Gambar ni ktorang amik mase otw nak gi makan durian. Bhahah 1 day before puasa kalau tak silap. Hahaha.

18 June 2015 - Khamis - 1 Ramadhan 1436H
Ikutkan minggu tu, kandungan aku dah masuk minggu ke 40. So memang dah due for check up every week la. Ikutkan due bersalin 21 June 2015. Tapi orang kata anak pertama tak tentu, doktor pun akan kasi paling lama overdue 1 week plus tak silap. Hari Khamis, hari pertama bulan Ramadhan. Aku pergi kerja macam biasa. Selagi boleh memang nak puasa sbb mmg due anytime kan, at least boleh la puasa 2-3 hari. Petang tu aku nak balik jugak awal untuk check up sbb kalau malam, nak pegi terawikh kan. Waktu tu memang dah takde senior book aku sbb kang kalau half way kerja dah tak best. So petang tu aku insist gak nak naik KTM asap so that ibu boleh ambik aku kat Batu 3 lepas straight pergi Hospital Umra dekat Seksyen 13. Dah sampai tu mcm biasa lah prosedur nak amek air kencing, BP semua. Masuk toilet sekali ade beberapa titik darah dekat pad. Dah pernah ada mcm tu mase 36 weeks kot tapi bila Dr seluk dia kata takde pape. So selamba lah jumpa Dr cakap tadi check ada darah. Dr kata nak seluk, seluk pun sakit tau. Sekali Dr kata,
"rahim awak dah lembut sangat ni, dah bukak 1cm, so kalau ade pape datang je, kalau takpun besok pagi datang untuk check lagi"

pergh mase tu cam cuak gak la. Ibu pun cuak. Ibu call nenek, nenek pun cuak. Kira mcm sign of 'anytime' tu memang dah ada lah. Check heartbeat semua ok Alhamdulillah. Kirenye dah keluar darah nifas kan, so mmg balik tu aku bantai makan ayam calio ibu masak sbb tau dah waktu pantang mana boleh makan sbb ade santan. Malam tu pun aku bantai makan buah naga banyak-banyak hahah. Aku ade mintak tlg kakak untuk kemas bilik sebelum beranak hari Ahad, cancel terus buat malam tu jugak lepas kakak balik terawikh. Habis tu dalam pukul 12.30 pagi jugak lah tak silap.

19 June 2015 - Jumaat - 2 Ramadhan 1436H

1.30am - Aku nak mandi sebab dah berlemuih (berpeluh) kemas bilik. Sekali tengok ade darah lagi. Parents suruh pegi hospital just in case. Dr kata dah bukak 2cm. Dia tanye nak admit tak, obviously lah aku taknak kang kalau memang belum sampai masa, kena charge untuk 2 hari pulak. Tapi lately aku rase baby dah tak aktif sangat. Dr kata maybe sbb dia dah stress dalam tu since dah dekat due. So kenalah induce. Hahah honestly mase tu mmg rase menyesal sgt bgtau Dr. Yelah, mane lah tau kan. Hahaha tapi kan memang Allah dah rancang, sejauh mana nak avoid pun, InsyaAllah memang waktu tu jugak aku akan sakit nak beranak walaupun tak induce ke kan. Drama jugak la mase tu sbb aku nangis2 takut nak induce. Last2, ibu ngan abah pun suruh ikut cakap doktor so admit lah dalam pukul 3 pagi camtu. Suami aku dari awal lagi dah suruh ikut je ckp Dr tapi biaselah aku kan degil kihkih. Muka merah2 nurse masuk bilik suruh tuka kain lepas tu masuk ubat. Sejam lepas tu masuk ubat utk buang najis pulak. Takde effect ape lagi la waktu tu. dalam pukul 10 lebih masuk 2nd ubat.  Aku suruh suami balik dulu bersiap-siap nak gi solat Jumaat. 

Thank you sayang teman :')

12pm - Aku dah rasa tak sedap perut dah. Makan semua dah tak lalu dah tapi aku fikir perlukan tenaga nak meneran nanti, so aku sumbat jugak lah roti dalam mulut. Haih ni tak boleh jadi ni sakit sangat pulak perut aku ni, aku suruh suami datang cepat sebab dah takut. Sempat jugak lah aku suruh dia solat hajat supaya dipermudahkan Allah. Aku dah start pasang surah Yusuf dah sebab memang mencucuk-cucuk sangat rasa dia. Kalau tanya aku, rasa contraction macam mana, rase mcm senggugut yang taknak stop. Senggugut yang tahap berguling-guling tu. Sampai bangun kejap pun sakit jugak. Aku bajet la nak berjalan keliling hospital so that senang nak bersalin nanti. Nak bangun pun dah sakit giler apatah lagi nak berjalan. Ibu temankan sementara tunggu suami aku datang, dia suruh la jugak sabar tapi yelah sakitttttttt. Kalau panggil Dr pun confirm tak layan punye sbb diorang dah tau prosedur mcm mana kan. Setiap 4 jam Dr akan check jalan dah bukak banyak belum.

5.30 pm - Ya Allah aku dah tahan sangat ni. Letih dah nak dekat 6-7 jam tahan contraction. Dengan semua benda yang aku makan pagi tu semua muntah dah. Wuu suami lah yang tolong pegangkan bag plastic mase aku ckp nak muntah semua. Terima kasih suami. Elok pulak mase tu Dr dtg nak seluk.

'Okay awak dah boleh masuk labour room lah ni sebab dah bukak 4cm' 

Aku macam weyy nak masuk labour room dah. Suka tapi takut. Bercampur baur perasaan. Masuk je LR, dia pasangkan yang untuk monitor hearbeat dan contraction. Aku suruh dia panggil DR sebab aku dah tak sabar nak push ni sakit sangat dah ni. Dia kata jalan belum bukak lagi. Aku cube untuk tidur sebab aku dah letih sangat tapi memang takleh. Sampai satu tahap, aku paksa jugak nurse panggil DR. Dia boleh buat donno!! Ahhhhh padahal tau dah prosedur camne hahah.

6.30 pm - Doktor masuk. Dia seluk lagi. Finally dah 10cm Alhamdulillah!! Nurse pun amik palang besi untuk hadang kaki.

'OK fatin, kalau awak rase contraction je awak terus push. Tapi kalau tak rase pape, rehat dulu'

Sebelum tu Dr selamba luas-luaskan lagi untuk bukak jalan. Luaskan apa? Luaskan bhgn bawah tu lah!! Sakit wehhhh tapi boleh tahan lagi. Belum koyak lagi. Hahaha korang kalau dah rasa ngeri jangan la baca dah, ni aku share pengalaman sendiri je. Aku memang push sekuat hati bila contraction datang. Anis memang sentiasa ade dengan aku waktu tu. Tetibe Dr panggil dia untuk tengok crowning (nampak kepala baby).

'Awak nampak kan kepala baby tu? Haa suruh fatin push kuat sikit'

Suami aku dah la cuak tengok benda2 ni camni. Dia usap kepala aku suruh aku push sekuat hati. Lepas beberapa minit, aku dengar doktor cakap dekat nurse.

     'Kita prepare untuk episiotomy eh'

Sebelum ni memang ade baca pasal ni kalau doktor recommend ni, cakap je ya. Episiotomy maksudnya nanti Dr akan gunting untuk meluaskan lagi ruang untuk baby keluar. Sebab kalau tak gunting, terkoyak sendiri sampai lubang bontot baru tau. Aku tak menjerit mase push, sbb baca banyak jugak jgn duk menjerit bagai nanti letih, tapi bila nurse cucuk something kat peha aku then Dr pulak guntingkan bahagian bawah tu, aku mcm menjerit kecik mcm mengeluh kuat mcm tu. Praaakkk jugak la bunyi dia. Mcm kau koyakkan kain. Hihik. Terkejut dan pedihhhhhh bak ang! Pastu ingatkan baby nak keluar dah, skali kena vacuum gak sebab maybe aku dah tak larat nak push. Aku tau pasal vacuum pun lepas dah masuk balik wad.



7.06 pm - Alhamdulillah lepas berhempas pulas, lahirlah seorang khalifah ke dunia. Diletakkan baby atas dada aku sekejap lepas tu aku dengar Anis azankan dia. Anis datang dekat aku.

'Sayang, kite dah ade baby boy. Ya Allah thank you sayang.'

Aku menangis. Dia pun nangis. Even tgah type ni pun aku sebak :') Alhamdulillah syukur tak terkata. 

Lepas beberapa minit barulah doktor dtg balik nak bersihkan dan jahit semua. Sape kata jahit tak sakit? Haha bila aku nampak muka baby, memang tak rase sakit. Tapi bila Dr dtg balik nak jahit, seram? Pedih gak laaa especially jahit kulit kan. Hahah. Malam tu baru tau baby kena vacuum jugak. Dont know why. Maybe Dr takut koyak banyak kot. tapi papepun Alhamdulillah selamat semuanyaaa :)

Aku share ni takde niat nak riak ke apa, cuma nak share pengalaman as a mother for the first time dan mana lah tau untuk pedoman bakal-bakal ibu dekat luar sana. So far, tips nanti dah masuk labour room adalah:-
  • jangan sesekali angkat punggung, koyak besar nanti
  • jangan menjerit, nanti buang tenaga, so istighfar banyak-banyak
  • bila Dr tanya nak episiotomy ke tak, ikut je sebab memang perlu
  • epidural? Tak perlu kot sebab in the future, banyak kesan sakit belakang la, sebab dia mmg cucuk betul2 dekat tulang belakang nanti. Tapi, kalau dah tak tahan sgt, please amik. Kesian kat both mummy & baby nanti.
So tu jelah cerita pengalaman bersalin aku. Masing-masing ada cerita dia. Jangan nak compare. Tumbuk satgi. Haaa dah start dah syndrom mak-mak emo ni kekeke. 

Alright nak tidur. Next post kite sambung cite lain pulak InsyaAllah. Papaiii :D

2 comments:

LeenNajib said...

huwwwaaaa. sy bce pon sebak. macam tak sangka dah jd seorang mak kan. hmm :)

Afeeqa Hazwany said...

wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! besstttnyaaa baca pengalaman you ni! ngilu2 ngeri pun baca gak sampai habis! haha.. i ingat you tak episiotomy.. sebab you kata dah nampak kepala baby, baru nak cakap, wahh bestnyaaaa takyah koyak2. ahahhaahah rupanya baca bawah lagi,kena jugak rupanya! takpelah,yang penting baby selamat and that down part tu tak terkoyak sampai bontot!lol tu yang paling takut! tak sabo plak i. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...