Nuffnang code

Tuesday, June 2, 2015

Rezeki.

Hi hi Assalamualaikum semua! Kihkih ter-rajin pulak nak update. Atas katil ni tapi taktau asal tak tido lagi. Padahal besok kerja 😭 Untuk pengetahuan, aku takde amik cuti lagi kot-kot nak bersalin awal ke kan. Rasa nak cuti tu memang ada, tapi bila fikir balik rugi sangat. Baik simpan, lepas baby lahir, mesti banyak lagi nak apply cuti. So takpelah, selagi terdaya, aku akan try pegi keje jugak. 

Oh, untuk pengetahuan, aku skrg kerja dekat PwC. Salah satu Big 4 audit company. Alhamdulillah. Berkat doa yang berkaitan, sebelum grad dah dapat conditional offer, tapi bila result betul keluar, terus dapat official letter. Alhamdulillah sangat dipermudahkan. Hikmah. Tapi sebenarnya, tak pernah pun terfikir nak buat audit. Sebab masa 2nd year dlu result audit aku teruk gila. Masa 3rd year ade assignment so memang carry mark tu betul2 tolong aku untuk score. Tapi, Allah dah tentukan rezeki aku buat audit dulu, aku terima. Penat memang penat. Bayangkan dari December lepas, dah 10 job aku buat. Selalu balik lambat. Pros dia aku dapat banyak pengalaman lah. Cons dia, baru nak adapt, dah kena audit company lain. Takpe, aku pun baru nak adapt dgn working life aku ni. Yang paling penting, tak sabar nak tunggu maternity leave 3 bulan. Ramai tanya, aku mmg taknak berhenti kerja ke? Taknak duk rumah je jaga anak-anak? 

My answer would be NO. For now, aku mmg taknak sia-siakan pengorbanan abah n ibu hanta aku jauh-jauh study pung pang dekat UK dulu. Yelah, aku pun dah bertungkus lumus belajar exam sampai dapat degree, takkan nak biar camtu je kan? Takpe, rezeki anak InsyaAllah ada. Anak aku nanti mesti paham. Lagipun PwC ade flexible working arrangement. Kalau betul2 dah stabil nanti, bru lah fikir nak berhenti ke tak. Maybe mase tu boleh teruskan business online aku yang dah lama terbengkalai tu :)


Letih sebenarnya. Kalau boleh memang nak duk rumah setiap hari. Suami, cepat lah kaya! Hahaha InsyaAllah, Amin. 

Tapi kan, aku sebenarnya tak paham ape motif post ni. Haha takpelah membebel sorang-sorang nanti dah tua beruban boleh baca sendiri lepas tu acah-acah, 'oh, macam ni aku waktu muda dulu'. Hehehe kemain berangan. Cepatlah keluar baby. Kalau keluar waktu sama birthday ngan ayah awak pun okay jugak kan? Boleh jadi hadiah hari jadi yang terindah untuk ayah :') I love you. I shall see you soon darling, InsyaAllah. 

  
My precious little one :')

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...