Nuffnang code

Monday, May 15, 2017

Pantang bersalin 44 hari ke 100 hari?

Assalamualaikum semua! :) ya Allah punyalah bertahun tak jumpa kan? Ni memang dah ada dalam draft lama dah. So I publish jelah dari delete. Hihi

Haritu aku ade share Pengalaman dan tips bersalin kan Salman Asyrani tahun lepas. Haa lepas tu ade la pulak beberapa orang suruh share pasal berpantang pulak. Yelah sekarang kan zaman moden, kadang-kadang orang anggap kalau dah sihat, boleh jalan macam biasa tu, dah okay sangat lah tu. tapi TAK. Bersalin ni lain sikit ya. Eh bukan sikit, tapi banyak. Masa ni la angin nak masuk yang boleh bawak kepada sakit meroyan tu. Selain tu, sakit sengal2 badan sebab urat dah kembang semua kan, ni kalau tak sakit skrg takpe tapi selalu effect dia waktu tua nanti. Haaa jaga lah badan kita ni tau. Ada satu je, nak pakai sampai mati ni.

Okaylah berbalik kepada topic kita kali ni, share ni berdasarkan experience sendiri tau. Dari hari pertama aku bersalin sampai lah habis pantang, Alhamdulillah my family ni memang strict sikit. Wey kalau nak ikutkan degil, memang takdelah iols nak pantang, tapi fikir nak pakai badan lama je. Yang banyak tolong aku masa pantang adalah my mum, plus ade kakak (maid) yang memang dah lama duduk ngan kitorang since umur 3 tahun lagi. Ada lah jugak orang yang dah ada pengalaman ni tengok-tengokkan baby untuk aku yang first timer ni. Heheh suami pun banyak main peranan tau, suami kalau suruh buat susu je bangun, siap rajin tu nak belajar tukarkan pampers masa dalam pantang. Hihiks :D

PANTANG MAKAN vs MINUM
So first day aku balik umah siang tu, kakak aku masakkan ikan masak asam. Wuish ni memang favourite ni. Lapar gilaaa sbb masa kat hospital tak kasi makanan pun sebab diorang tak serve pantang food. Selamba je nak order nasi goreng dari kedai sebelah. Aku pun sabar je tunggu balik umah baru makan. Memula dapat makanan tu, aku usha je asal nasi sikit. Kahkah takpelah nanti boleh tambah. Ok TAK, aku ingat nak tambah. Mak aku ckp takboleh tambah dah. Sebab nanti perut kembung. Kbai nangis. Pastu nak minum air suam pun satu gelas je. Kalau nak lagi, kena tunggu dalam 10-15 minit lagi. Alaaaaaa nangis lagi. Okay takpelah cuba biasakan diri. Ni sebab takut perut buncit ye gaiss walaupun memang forever buncit kahkah. Bab makan ni memang pantang no 1. Banyaakkk sangat takboleh makan. Makanan bergoreng, tempe, telur, soya, makanan pedas, makanan yang dah sejuk (kena re-heat), makanan semalam (contoh: nasi/lauk semalam), makanan manis. Huuu dah la masa tu bulan puasa. Semua makanan nampak sedaap je. Roti john haii telan air liur je tengok. Air pun yang boleh minum, air kosong, air milo, horlicks. Tea and coffee no no ye kembung anak nanti. Tapi kalau macam air jamu, air pegaga, air kurma tu boleh je, lagi digalakkan. Waktu raya lagi la, aku telan air liur je gais. Hmm. Yang paling strict, laksa dan pulut (lemang termasuk) pantang setahun tau. Alhamdulillah aku masih bertahan bab ni. Haha Salman setahun je aku nak makan laksa muahaha. Ais sebenarnya paling elok pantang setahun jugak, tapi paling command pun kalau taknak ikut, elok lah pantang 100 hari.

MANDI 
Lepas tu mandi pulak, aku masa awal-awal dulu sukaaa sangat mandi lama. Setiap kali mandi mesti shampoo rambut. Paling best mandi waktu malam. Pastu masa pantang ni ofcourse la dilarang mandi kerap, basahkan rambut dengan mandi malam kan? Yang ni kadang-kadang aku terlanggar jugak, kalau tengah mandi air serai (ni pun salah satu pantang eh, nak kasi wangi & segarkan badan) aku jirus je kepala sekali. Pastu cepat-cepatlah lap. Okay lepas tu kalau lepas berurut pulak, aku slalu tak selesa ngan berminyak-minyak tu, selalu takperlu mandi pun tapi kadang-kadang mandi jugak lah sebab berlemuih dah ni. Dah la tidur takleh pakai aircord. Haaaaa JANGAN EH NGADE NAK PAKAI AIRCORD. Bentan nanti. Kalau rasa panas, maybe lah boleh bukak jap untuk sejukkan bilik, lepas tu tidur pakai kipas je. Panas memang panas gileeerrr. Nenek aku cakap, kesian kat anak tu, memang la nampak macam baby panas tapi sebenarnya badan dalam diorang sejuk. Kesian la kat baby. Huhu baikkk nenek.

DUDUK vs JALAN
Yang tengah berpantang tu, jangan nak jalan laju sangat eh. Haha aku selalu kena sound kalau terjalan laju. Bila luka tu Alhamdulillah dah sembuh, memang automatic je nak jalan laju tapi hahah selalu lah kena sound, peranakan jatuh nanti! Duduk pun takleh nak bersila ke apa, kena melunjur sentiasa. Eh, kena baring sentiasa! Mak sedara aku yang datang umah pun selalu jugak sound aku kalau nampak aku duduk atas kerusi kat bilik tetamu tu T___T Masa berpantang, kalau boleh tidur lah kat bilik bawah sekali, jangan sibuk nak naik tangga bagai. Terbukak jahitan nanti bahaya. Oh lagi satu, ibu jari kaki tu memang kena jaga baik-baik, jangan terlanggar pape atau terhempap ke. Effect dia makcik urut aku tu cakap, seumur hidup. Kalau bab berjalan keluar rumah pulak, aku memang 44 hari tak keluar rumah kecuali hospital. Even waktu raya, nak keluar pegi rumah jiran sebelah pun a big NO NO NO dari family aku. Tahu tak banyak keburukan dari kebaikan kalau keluar rumah within 44 hari ni? Kadang-kadang aku cam pelik gak lah ibu-ibu berpantang ni taktakut ke keluar dalam waktu pantang? Korang tau tak sebenarnya, orang lain especially makcik2 tak suka pun kalau orang yang tengah berpantang, datang rumah diorang, tempat diorang, event diorang? Jangan nanti dah terhantuk baru nak tergadah. 44 hari je bertabahlah sikit kematu duk umah tu, memang zaman kita zaman moden tapi common sense eh? Malang tak berbau, banyak benda boleh jadi. Ibu jari tersepak something ke? Termakan benda yang korang takleh makan ke - nanti baby kembung/mak sakit? Tetibe penyakit bentan/meroyan (keadaan tak sedar) datang ke? Balik tu ada pape ikut ke? Kot masa jumpa orang, orang tu tak sihat, kau bawak balik pulak virus tu ke rumah? Haaaa korang memang tak caya ape aku cakap ni, tapi kalau kau memang berurut/berpantang dengan orang tua-tua yang memang ikut segala pantang, kau akan rasa nak ikut semua apa yang aku cakap ni.

BERSAMA
Yang ni pepandai lah korang fikir, hihihi. Yang wajibnya 100 hari. Tapi kalau boleh, buatlah family planning. Baby still kecik, rahim tak stable lagi, tak kecut lagi, badan pun tak sihat lagi. Peranakan belum betul2 naik lagi, senang sangat nak termengandung lagi. Memang kalau ada tu, rezeki Allah bagi. Tapi banyak benda kita nak kena fikir kan? Hospital pun sekarang banyak je options untuk family planning. So, think about your body and baby first :)


Okaylah. So far, tu jelah yang aku dapat fikir pasal pantang ni. Tu untuk penjagaan diri dan baby. Tapi kalau bab taknak kasi orang datang rumah tu, kalau masa aku, aku rasa tak sihat lagi aku tak kasi orang datang. Untuk orang luar, memang excited kalau nak datang tengok newborn, tapi kalau tak sihat, tolong lah jangan datang ok? Yang susah nanti bukan korang, mommies tu jugak yang struggle nanti. 
P/S: Entry ni aku draft mase 2-3 bulan habis pantang, baru skrg nak publish which is almost 2 years dah. And Salman pun dah nak dpt adik dah InsyaAllah. Hahaha taktaulah next post ni bila pulak :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...