Nuffnang code

Thursday, November 28, 2013

Egypt Part 2


Hi everyone! So, harini kita sambung Egypt Part 2. Balik je daripada TIRAN ISLAND, of course la penat kan. lapar pun ye jugak walaupun dah makan atas boat tu. tapi tak kenyang sangat la sebab lagi excited nak menyelam tengok Nemo. hehe Alhamdulillah memang dapat tengok Nemo pun. kecik je comel sangat! ingatkan memang ada dalam cite Finding Nemo tu je. hehe ikan Dory pun banyak, lepas tu ade banyak lagi lah ikan lain yang cantik-cantik Subhanallah :')


Then, kitorang singgah Hard Rock Cafe! dah kata Halal kan, lagilaaaaaaaaa :D depan hotel kitorang je. INI SERIOUS. haha ingat tak dalam entry lepas YANG INI, sampai je dekat kawasan hotel tu senyap sunyi je kan? rupanya kalau malam memang havoc gila tempat tu. kawasan Hard Rock, market pun banyak, restaurant pun banyak jugak. kalau pukul 2, 3 pagi tu memang still bising la. tapi okay je, at least tak kena balik bilik awal :P


Lepas makan, takkan nak balik bilik terus? Pergi carik beach nak berendam lagi. haha tak puas-puas kan. patutla sunburn teruk! tapi, terjumpa pulak Parasailing punya best package. Apa lagi?



Nampak tak betapa ringannya Wina tu? Sampai berat sebelah! Waakakkaka lepas tu still tak penat lagi, teruskan pencarian tempat nak mandi. yang hairannya, agaknya kawasan orang kaya kot, semua private beach. semua kena bayar. dah lah bahasa diorang susah nak faham, hampir kena bayar untuk something yang kitorang taknak. agaknya aku pun dah penat, memang mengamuk la. yang lain terkedu jap. lepas tu gelak balik, hahaha padan muka abang arab tu kena marah. belagak lagi!

Tapi, berendam tak lama pun sebab memang dah penat sangat-sangat ni, dan nak kumpul tenaga nak daki Gunung Sinai besoknya. ya Allah, excited!! takyah nak besok sangat la, malam tu kena pack makanan sikit, sebab nak daki dalam 2-3 jam jugak kan. Driver bus janji nak datang pukul 7 kot masa tu, sekali datang lagi awal. Kelam kabut gilaaaa kitorang dengan nak amik wudhu' nye, pakai tudung lagi T__T naik van yang berhimpit bagai tu, briefing sikit lepas tu terus tidur. sampai je dekat sana, kena tunjuk passport tau. Middle East ni lain sikit, lagi-lagi tempat ktorang nak pergi ni, boleh nampak sempadan dengan Israel, jadinya semua strict. kena tunjuk muka baik je walhal memang dah baik :P


ni lepas 1 jam lebih mendaki kot. our 5th pit stop kalau tak silap. banyak sangat la pitstop nye, mengah jadi. tapi Alhamdulillah, berjaya jugak menjejakkan kaki ke puncak dengan jayanya. Sampai puncak, terus solat Subuh then dapat tengok sunrise. Ya Allah, rasa nak nangis masa tu. Sebak sangat tak dapat nak bayangkan macam mana. tau tak apa keistimewaan Bukit Thursina atau Bukit Musa atau Gunung Sinai? pernah dengar ayat ni tak? 

''Demi buah tin dan zaitun. Demi (Bukit) Thursina. Dan, demi negeri yang aman ini.'' (Attin ayat 1-3).

Dikatakan, tempat ni lah tempat Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah SWT. Wallahualam. Tapi yang penting, bila sampai atas tu, indah sangat. Rasa macam taknak turun. Alhamdulillah wa Syukurillah :')















Disebabkan kitorang ikut tour, kenalah ikut masa yang ditetapkan. Dalam setengah jam je dapat duduk atas tu, then kena terus dah T__T

Tapi sambil turun tu, memang tak lah terus turun, amik2 gamba sikit. LOL sikit ah sangat! Dah sejam jugak lah turun bukit ni, tak sampai-sampai. Tak lama lepas tu, nampak St Catherine, melonjak ah sebab nak dekat sampai dah, sekali......




hamek kau excited sangat. seluar pun koyak sikit dekat lutut. hihihihik T__T

Orang lain je masuk StCatherine tu, sebab aku hampir pitam. Yelah penat kot, kurang gula lagi, kurang air mungkin jugak, jadi aku 'tidur' jelah tepi tangga tempat orang lalu lalang. serious takleh blah.



ok dah penat menaip ni. petang tu sampai hotel memang terbongkang walaupun kelaparan, tapi tak tahan. tidur kejap. bangun terus mandi then pergi dinner. lepas dinner, keluar lepak2 depan Hard Rock Cafe, carik last minute souvenir, and cherish the last moment in Sharm el Sheikh :(

Lepas tu, besoknya dapat pergi Blue Hole!!! Alhamdulillah! Akhirnya aku berjaya pujuk diorang ni, Tak caya kan aku ckp Blue Hole cantik! hehehehe tapi Alhamdulillah :'D

1 comment:

Siti Hajar said...

Bestnya! Seronok pengalaman tu. Tak pernah pergi egypt, tapi teringin jugak la. Tapi banyak rusuhan sekarang, lagi kurang percentage nak pergi sana. wuwu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...