Nuffnang

Monday, June 1, 2015

Pregnancy journey.

Assalamualaikum semua!! 

Heheh fuh lamanya tak berupdate! Rase nak update tu ada, bila rajin, ade kerja pulak, bila waktu tengah free betul2 tu macam nak manfaatkan sangat waktu tu sampai lupa terus nak update blog. Hmm kesian blog. Dulu kemain tempat ni jadi tempat melepaskan segala perasaan.

Pejam celik pejam celik, InsyaAllah aku nak jadi seorang ibu dah. Hihi ya, haritu ada save dalam draft entri kahwin, tapi last2 memang tak berupdate pun. Alhamdulillah dah selamat kahwin dah bulan 9 tahun lepas. Berjaya jugak  mengharungi segala cabaran dan dugaan dengan tunang aku dulu tu. Banyak benda jadi waktu tunang dulu. Yela orang biasa cakap, waktu tunang lah banyak dugaan dia. Waktu tu kita jumpe orang lagi baik la, salah sikit nak gaduh la, merajuk tak ingat dunia la.  Lain orang, lain lah dugaan dia. Takkan nak expect semua sama kot kan?

So tak lama lepas kahwin tu, Alhamdulillah Dr sahkan aku pregnant. Hihi dapat tau mase tu kat Jakarta. Banyak kali jugak try buat test tu. hihi. 


Eee punyalah happy mase tu tapi segan lah nak bgtau sesape. Bgtau ibu je. Tu pun suruh diam-diam. Mase tu dah risau takpe ke nak jalan2 kat jakarta ni. Awal2 lagi mestilah risau kan. 


My everything ❤️

Tapi tak puas hati jugak, balik Malaysia je, terus sibuk nak gi check dekat klinik. Dr kata positive, tapi taknak scan. Sbb dia kata nanti nampak dot je. Hampa la jugak. Mestilah excited nak tgok anak sendiri walaupun dot je nampak! So dia advice another one month baru lah pegi check up dekat memana. In the mean time, dia suruh makan folic acid je. 


Tapi tak sampai sebulan pun, pegi check up masa minggu ke 8 tak silap. Perasaan masa ni? Tak terkata, terharu sangat bila dengar heartbeat anak aku ni Alhamdulillah :') 

Honestly, memang aku tak rasa nak cite kat sesiapa pun yg aku pregnant. Bukan tak excited, tapi banyak sebab dan munasabab dia. Setiap kali lepas check up, terus rasa nak post kat fb/insta. Tapi ade satu perasaan dtg setiap kali nak update, mcm tak best kalau share awal-awal. So just keep it low and steady je. Yang rapat2 je tau aku pregnant. Lagipun, perut aku memang tak obvious sangat. Kawan kerja pun tak perasan lansung. Haha. 


Haa mase ni nak masuk 24 ke 25 weeks ntah, barulah nampak sikit. Tapi kalau pegi kerja pakai baju kurung still tak perasan. Hehe tapi bila dah masuk week 30 kot tak silap, perut mmg semakin obvious. Baju pun banyak tak muat dah hahaha. Berat baby pun semakin hari makin bertambah. Sakit belakang tu mmg takyah cakap lah. Cramp almost every night. Nak tidur mengiring kiri ke kanan ke terlentang ke dah rasa tak selesa. Tulah pengorbanan seorang ibu kan. Baru tau sendiri :') 

Since this is my first pregnancy, memang taktau nak expect contraction tu macam mana, ada orang cakap sakit senggugut, ada orang ckp nanti akan bleeding dulu. Sakit senggugut tu almost everyday dah rasa skrg. Maybe sbb baby pun dah berat. Memang sekarang ni, kerap pegi toilet. Kadang2 lepas setengah jam sibuk nak pegi lagi. Sebenarnya paling risau sbb tak reti bezakan air ketuban dgn air kencing. Hopefully tanda-tanda nak beranak nanti memang obvious dan urusan aku dipermudahkan Allah. 


Latest picture of me when you are 36 weeks old in my tummy, dear baby. Serious tak sabar sangat nak tunggu awak keluar, tapi at the same time still takut nak hadapi saat-saat nak bersalin nanti. Ya Allah permudahkanlah. Baby kalau gerak-gerak dalam perut kan, nampak mcm berombak lepas tu terus macam syok sendiri hihih. Baby keluar la cepatttttttt tak sabar nak gomol awak. Im all ready when u need me hehehe anytime je ni. 

Doakan aku ye korang-korang. Semoga kita berjumpa lagi di lain kali, InsyaAllah. 


1 comment:

SyASyA SaNi said...

Tahniahhhh!
wahhh 30 weeks dah. Comel!
Kite baru 21 weeks. Tak sabar sangat~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...