Nuffnang code

Thursday, August 28, 2014

Newcastle University: BA (Hons) Accounting and Finance = CHECKED!


Haih. Apa punya malas lah aku nak update cerita sekarang ni? Padahal, banyak je benda jadi sekarang ni. Eh jap, lupa. Assalamualaikum semua! Kahkah awkward jugak aku nak menaip ni tapi alah bantai jelaaahh. Takde sape kesah pun ye dak? Aku je kisah. Sebab apa tau? Haha tadi aku try login gmail. lepas tu kan selalu keluar terus "dashboard", "add post" semua tu kan? sekali ada button "create a new blog". berderau darah. woi jangaaannnn sayang duh blog ni semenjak zaman muda mudi remaja lagi (sekarang pun remaja tapi matured sikit la). post-post yang karut marut sebelum ni yang bila aku baca balik rasa nak cekik diri sendiri, aku dah delete. adios! haha tapi kalau korang ada terbaca yang aku tak sempat nak delete lagi, mohon jangan muntah. mohon jangan taknak ngaku aku sebagai kawan dah. hahaha malu :P

Baiklah, post sebelum ni aku mintak semua orang doakan aku supaya dapat grad dengan cemerlang. Alhamdulillah dengan berkat doa, dorongan dan semangat dari parents, adik-beradik, atok nenek, family besar aku, tunang, kawan-kawan & semuaaaaaaaaa yang kenal aku secara lansung dan tak lansung, aku dah grad! weeeeee dah ada degree wey. Alhamdulillah. 3 tahun bertungkus lumus dekat UK tu (literally), akhirnya aku dapat hadiahkan segulung Degree dekat parents aku especially yang banyaakkkk berkorban untuk aku. Bukan nak poyo, tapi bagi yang mengikuti perjalanan aku dalam blog ni, mesti tau macam mana stressnya aku waktu zaman foundation dulu. sangat-sangat stress sampai ramai jugak yang tolong nasihat aku semua sampai kita dah jadi kawan pun kan? With that, I thank you.

Ha, nak tengok gambar tak? Mesti korang rindu kan? *puke*



Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Officially a graduate of Newcastle University with the Degree of Accounting & Finance with Honors. No words could describe how I feel right now 

Special thanks to my parents for your endless motivation and continuous support. I hope I do make both of you proud. This is for you Ibu and Abah! To my supervisors and lecturers, thank you for believing in me. I couldn't have done this without your guidance. To my fiance, you never failed to calm me and also became my 'punch bag' whenever I need someone to talk to. It means a lot to me. Also thanks to my siblings, big family, uncles, aunties and everyone who have prayed for my success and keep motivating me along the way.

Finally, thank you to my special friends who are always there for me. Honestly, I have been through a lot esp during my final year. Without them, I would've lost in my own world. Therefore, thank you. Thank you so much. You know who you are and please know that I love you guys so much.

So now, I nak pergi enjoy! 

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!

So, that's basically what I wrote on the day of the graduation. Aku nak type banyak lagi masa tu, tapi takut menjejes air mata yang mahal ni. haha aku memang bulan 5-7 boleh dikatakan bulan air mata jatuh ke riba oh. kejap-kejap nangis. nak kata stress, yela waktu exam stress la lepas tu dah habis nak nangis kenapa lagi? haih gedik. tapi sekarang InsyaAllah okay dah. Since I'm back for good, kerja aku sekarang melepet je dekat rumah sementara nak masuk kerja bulan 12 ni. Alhamdulillah aku dah dapat kerja dah :) Oh and at the same time, aku tengah busy prepare untuk something. Hehe. Itu nantilah aku cerita. Kahkah okay lah nak pergi solat Maghrib. Sayonaraaaaa~~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...