Thursday, February 21, 2013

Boxing Day 2012 - London

Assalamualaikum korang!! Ha seperti yang dijanjikan, Shazzy nak update pasal Boxing Day dekat London aritu. 


"tak bosan ke?" 

"tak serik ke dengan Boxing Day tahun lepas?"

jawapannya, TIDAK!! sebab takde tempat lain dah nak pegi! wakakaka *gelak sambil nangis* takpayah la tanya kenapa, abaikan. sampai London 24th malam, sampai rumah Maisarah seperti biasa, dah terhidang makanan. Huwaaaaaaaaaaaaa tau tak memang tengah lapa!! pastu malam tu pulak tetibe ramai pulak datang rumah tu jadi meriah gila. Aku ni bercerita taknak ingat dunia dah. gelak memanjang. uih scary gak ek? tapi, hiperbola je tu. gelak kejap lepas tu sambung la cerita balik. 25th tu kengkonon la nak makan donor kebab. 

HAMPEEEEEHHH! Hibernate dalam umah since sejuk gila kat luar malas nak mandi malas nak siap malas nak bangun dari katil. takpelah, simpan energy untuk 26th hihi. So, pagi 26th tu of courselah aku bangun dulu. dah kate excited. wiwiwiw. eh ke ade orang bangun dulu eh? tak ingat dah. mana taknya, ade 9 orang dalam umah tu, toilet ade 1 je. semua berebut nak masuk. sementara orang lain masuk, orang yang after tu sambung tidur dulu, wakaka lawak gak bila ingat balik. woi Shazea, kau banyak sangat merepek dah ni -.-

Alkisahnya, train memang takde lansung, lansung lansung ni! kenalah berebut nak naik bus. tunggu dalam 20-30 minit jugak lah untuk naik bus yang pertama lepas tu tunggu lagi untuk naik bus yang kedua. serious berasak. nak taknak kena tolak jugaklah ;p Alhamdulillah berjaya sampai Oxford Street dalam pukul 9 macam tu kot. ke pukul 10. 





KAMI lepas serang kedai-kedai yang ada dekat Oxford Street tu. 


"Tahun lepas aim barang £10 and under je, tak pndg pun Zara/River Island/Bershka etc. mampu telan air liur je.. of course F21 my fav kat sini!! Excited! Tp tahun ni? Tengoklah hasil tangkapan kita!! Haha still, 3 jacket, 3 bag, semua ni tak sampai £70 pun. excuse me, dah lama tak shopping k" 

Boxing Day 2012 - London - 26 December 2012 - 8pm

mampu senyum lebar je. sebab memang puas. puas sangat tahun ni. berbanding tahun lepas, asyek nak convert ke RM je. kalau asyek nak convert je memang hapeeee pun tak dapat la kan :'D


sebenarnya masa shopping tu, memang perut dah bunyi sangat dah ni. kitorang berhenti kejap untuk solat je. tu pun susah gila nak carik tempat solat sebab mostly fitting room tutup. so solat je tepi laluan, tak kisah la orang tengok ke tak ke, janji SOLAT. tak gitu? haaaa lepas habis shopping, kitorang decide nak makan Noodle Oodle. google lah. sangat famous. Halal Insyaallah. tapi adelah kejadian ni, makcik 'gemok' ni carik pasal. saje taknak kasi letak kerusi lebih, orang takboleh masuk la, halang laluan la. whatever, aku lapar. kau carik pasal, kau kena sedebik ngan aku depan-depan. sebab masa aku complain monolog ngan yang lain dalam bahasa melayu, dia kata 'excuse me, I understand what you said'. aku balas balik, 'Well, I know U understand and so what?' *makcik tu facepalm* bhahaha marah, marah jugak. aku tetap makan situ. sebab kesian nak drag yang lain. 



*muka letih*

haaa part nak balik yang taktahan ni. nak beratur tunggu bus, punyelaaaaaahhhh lama mak datok! sampaikan kitorang kena explorace carik first pit stop bus tu. phew dekat pit stop tu pun ramai gila orang. rugi gila tak amek gamba, kalau amek boleh tunjuk korang how rough the situation was.

Anyhow, itu akan jadi kenangan yang terindah serta terpahit la dalam hidup aku for sure :)
Till then, see you when I see you :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...