fatin shazea ku
hari ke sepuluh, Ogos 91
tika tangisan ulung mu menyisip kedinginan pagi
tika iqamat mentauhidkan Ilahi ke telingamu dibisiki
sujud syukur lahirnya permata hati kami
lantas kehadiranmu dirai
persis ketibaan sang puteri yang kesekian lama dinanti
janjilah pada abah ibu
engkaulah bakal penyambung sebuah legasi
sementelah tercetus detik itu
ternoktahlah sembilan purnama penantian
digalang episod hikayat penghijrahan
suka duka kancah penuh roda, ranjau sepanjang jalan
tujuh belas tahun kini
pantas berlalu bagai mencemburui keakraban ini
terasa baru semalam dibisiki iqamat suci
terasa baru semalam dibisiki iqamat suci
di majlis graduasi merai kejayaan mu ini
tika kegirangan menyelubungi benak hati
tiba-tiba resah bertandang lagi
gusar, dek cita-cita yang dikejari
permata kami bakal melangkah
meninggalkan kedua hati ini
di kekosongan itu nanti
pasti abah ibu menanti dimuara sepi
doa dipanjat hasrat disemat abadi
agar kiambang yang pergi
menjengah bertaut kembali
berlabuh setia menemani baki usia kami
permataku Fatin Shazea,
pesan abah ibu diperantauan
jangan sekali alpa tuntutan kerohanian
kenaglah kami yang ditinggalkan
walau jarak dan masa memisahkan pandangan
doa restu kami titipkan hingga akhir zaman
andai kepulangan mu nanti
sementelah kami tiada lagi
teruskanlah cita murni
membimbing adik-adik meniti kehidupan berbaki
sebagai penyambung sebuah legasi
kesinambungan dari persinggahan ini
this is my lovely abah && ibu ;
No comments:
Post a Comment