Nuffnang

Thursday, October 25, 2012

How we celebrate our Raya? (Gold Coast)

salam semua :))
kite bertemu lagi! hihi dah kata dah, kalau ada mood blogging je, mesti berpusu-pusu post nak buat. kalau takde, nak sebulan dua bulan gak lah untuk buat post baru. haaaa now im gonna tell you guys about my raya celebration. lambat gila update psal RAYA -____-
anyway, my Raya was unique yet meaningful I must say. sebab apa? sebab kitorang pergi beraya di Gold Coast, Australia. HAHA pelik kan? pelik tapi benar. pepagi Syawal tu dah sibuk nak pegi airport. waktu Subuh orang bangun nak bersiap-siap untuk setupat, rendang, lodeh, kuah kacang etc *lap saliva* tapi kitorang tengah sibuk angkat luggage masuk van. flight pukul 10am. masa pegi airport tu kemain sedih sebab yelah, orang lain tengah sibuk solat raya, salam-salam, dapat duit raya semua, kitorang nak check in bag la etc etc. siap call Bunny. lepas tu agaknya dia pon dengar suara sebak kot, terus cakap, "jangan nangis ye". of course la lagi nangis! haha okay abaikan. but frankly speaking, dah sampai sana. tak ingat raya bagai dah! :P



*muka busuk*
and so, we arrived there at 10.30pm local time. delay jugak lah kan. lepas tu dengan nak carik tempat taxi nye pon satu hal gak. sampai je kat hotel, we could just say WOW Subhanallah! of course lah WOW. cube tengok ni!





AMAZING KAN? hotel kitorang betul2 sebelah pantai. belah kiri pulak macam laluan sungai kot. not sure. tapi nak ke pantai jalan 5 minit je. 

oh, Hard Rock Cafe pulak sebelah hotel. turun lift, pijak je lantai bangunan sebelah hihi. okay nak rehat jap 
*tarik nafas*
haaaa on the next day, we went to the Sea World. 












ni konon macam warming up sebab taknak penatkan diri lagi. basically nothing much, just some rides lepas tu ada show spongebob, dora the explorer, jet ski stunt etc. balik malam tu kitorang lepak kat pantai. terus jadi kanak-kanak jap berlari sana sini dengan sepupu :')
besoknya pulak which is Tuesday, kitorang pegi DreamWorld. it was AWESOMEEEEEEEEEE! haha cant tell how i love all the rides! siap conquer semua lagi. paling best for me giant drop la kot. mana taknya, korang tau kan yang kat Genting punye space shot ke ape benda namanya cuma dalam 10 stories perhaps? not sure. but this one almost 40 stories gak you know.. but I tried! I tried! yang dekat genting pon tak pernah try sebab takut. Alhamdulillah okay je sekarang ni c(; the 2nd favourite would be BUZZ-SAW tu pon AMAZING! terpusing-pusing badan ha. haha. tapi memang best! sangat best! told ya, tak ingat raya dah :P
tapi memalam je mesti cari jalan nak contact Bunny. haha ngade tapi nasib baik he understood :'D
hari Rabu tu tak buatpe yang thriller sangat pun. cuma pergi Pacific Fair & Harbour Town Shopping Centre je dari pagi sampai malam. lepas tu malam pegi lepak dekat pantai. one whole family & mak long's family. 14 of us. bonding time! :D
teeettttt! sebenarnya masa kat Malaysia aritu Shazzy dah type draft sampai sini, sekali lupa pulak nak transfer gambar Australia haritu. TSK. so, sampai di sini sahajalah kisah How We Celebrate Our Raya k? nanti kalau ade rezeki kite upload gambar yang lain pulak. 
SELAMAT HARI RAYA! ^___^
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...