Friday, August 19, 2011

happy 21st anniversary dearest ibu and abah! ♥


assalamualaikum semua! sihat tak? korang nak tahu tak harini hari apa? ye tahu lah hari jumaat, tapi hari ni special sikit sebab harini anniversary ibu dengan abah. 19 august 2011 ♥ ♥

ni la ibu dan abah saya!! :'D

alhamdulillah dah 21 tahun dah. mesti ibu dengan abah rase macam pejam celik pejam celik tengok anak-anak dah besar, ten dah masuk 20 tahun dah pun, insyaallah nak pergi sambung study kat luar negara dah pon kan? besarnya pengorbanan abah dengan ibu, sampai kadang-kadang fatin sendiri macam tak nampak susah payah abah dan ibu nak besarkan atin dan adik-adik *sebak*

sepanjang 20 tahun ibu dan abah didik fatin dari umur sesaat sampailah sekarang, rasenya Allah je yang mampu balas. insyaallah kalau fatin panjang umur, ten janji akan balas semua jasa abah dan ibu yang tak terhingga tu. mungkin sekarang abah dan ibu tak berapa yakin dengan fatin, semua fatin buat kadang-kadang tak betul atau merunsingkan ibu dengan abah. fatin tahu soalan ni mesti sentiasa berlegar di kepala ibu dan abah kan?

"bersediakah anak aku ni nak sambung study jauh-jauh dan balas jasa aku?"

insyaallah kalau ibu dan abah percaya fatin, fatin boleh buat. cuma fatin harap ibu dan abah sentiasa mengiringi pemergian fatin dengan restu dan doa supaya berjaya dunia dan akhirat.

mungkin ibu dan abah jarang dengar ten cakap, "i love you ibu, i love you abah" tapi ketahuilah fatin sentiasa menyayangi kalian berdua dari hujung rambut sampai hujung kaki.

semoga Allah sentiasa memberkati ibu dan abah serta merahmati keluarga kita :')


Ya Allah, Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku supaya mereka dapat merasai kemanisan pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap aku dan adik-adikku, Amin.

sambil tu, shazzy nak share doa untuk ibu bapa kita.

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.


ten tak sure yang abah dan ibu baca tak blog fatin ni, tapi papepun, fatin tetap sayang ibu dan abah hingga hujung nyawa. Amin.

*tolonglah berhenti air mata*


7 comments:

azalia hjsalleh said...

mak lawa
ayah hensem
patutlah u chantik

Unknown said...

sedihnya baca entry ni :'(

shazzy :) said...

lya: errmm alhamdulillah :)

shazzy :) said...

hana: janganlah sedihh, saye lagi sedih :(

Nisak Amin said...

Tersentuhnyaaaa :')

shazzy :) said...

nisak: kak ten ternanges sket :P

senyumSOYA said...

romantik la~ ^^"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...